Molek ngat tu ngan nama "Owang Gilo"
Owang hok dok gi sekolah. Tiap2 patah ye letok fullstop.
Bodoh! Goblok!
Untuk kawan-kawan yang selalu jugak dapat call cam tu, jangan sedih. Ada ubatnya. Tak payah asyik tekan butang merah tu,
Add je masyuk REJECT LIST!
Senang cite
Tengah-tengah diet ni, masa dihabiskan ngan membaca. Kata owang, "Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Moleh lah tu. Sedang-sedang baca boleh jugok lupa tentang perut yang berkeroncang. Kiranya, membaca ni diversion la. Tak la asyik nak makan je. Mulut tu asyik nak mengunyah je. Maklumlah, ulat bulu. Selagi buku yang dibaca tak abis, selagi tulah duduk tercongkok kat situ. Tapi yang menyedihkan, buku novel nih kurang sikit minatnya nak perabis. Buat susah-susah je PM kita buat slogan 1Malaysia. Pendek kata tak syoklah baca buku ni. Wak pe baca buku yang penulisnya memandang rendah agama lain.
Agak-agaklah kalu nak tulis tu. Tak payah la nak tulis agama lain "seakan ada sesuatu yang tidak kena". Tiap-tiap agama menyuruh penganutnya berbuat baik dan melainkan ada agama yang menyuruh penganutnya berbuat jahat, itu sah tak kena ngan agama itu. Itu kiranya dah menyuntuh sensitive kaum tau. Terasa sangat ngan penulis nih. Inilah penyebabnya yang kita masih hidup dalam puak-puak sendiri. Malaysians tetap tak boleh jadi satu. You banding, I banding. Agama you baik, agama I baik jugak. Tapi skrang ni masalahnya ialah, You cakap agama lain tak baik. Seolah-olah agama you sahaja yang baik.
So, at the end of the day, I
BOIKOT BUKU NI sekali ngan penulisnya sekali!!
Jangan ingat jika menulis novel Melayu, hanya Melayu yang membacanya. Hakikatnya banyak jugak kaum lain yang turut menyokong seni penulisan Negara kita ni. Wahai penulis, ambil kira la sensitivity kaum dalam penulisan kamu. Nak tulis, berpada-pada la.
BOYCOTT !!!
No comments:
Post a Comment